2018 Journey Begins - Keep Moving Forward! SL1M TNB 2018 [Part 2]
Hi assalamualaikum. Again here we are! Okey, aku nak sambung dari previous entry pasal journey aku dan kali ni time aku kat ILSAS pulak. Aku sebenarnya datang KL sehari sebelum daftar, tidur kat rumah Abang Ngah dekat Semenyih. Ma abah adik semua ikut sekali hantar aku. Hehehe. Pagi tu hari daftar, aku bertolak dari rumah abang tu pukul 7 cmtu tau. Dan abah aku lupa yang area tol kat Bangi tu sangat jam sebab time orang nak p kerja kan. Sampai ILSAS pukul 8.05 pagi cmtu. Dalam hati, first day dah lewat. Oh ya, ingat tak member aku, Wawa, dia dah sampai awal dari aku and dah masuk dewan. Lagi la aku nebes.
Sampai je terus masuk cari dewan. Kalut mak aihh. Seb baik dah settle semua mana yang kena email dan salinan dokumen yang diorang nak. Aku masuk masuk je dewan memang dah half penuh. Aku still tak nampak Wawa time ni. Aku pun kena la naik atas. Jauh dari Wawa. Cari punya cari then jumpa la. Aku time ni still tak puas hati sebab jauh dengan dia. Dia kat bawah, aku kat atas kot. Tak silap aku, diorang umum yang kitorang takleh ubah seat dah, sebab nanti nak bahagi kitorang kepada group kecik la untuk training. Intai punya intai seat kat bawah kot kosong, aku pun nampak someone gerak pergi naik atas cari member dia jugak. And aku pun cam eh nak pergi ke tak nak ke tak. At last, aku pun dengan selamba turun bawah time semua orang tengah kalut tu.
And yes! Akhirnya aku sebaris jugak dengan Wawa. Yehaa! So, selagi ada peluang rebut kayy! Hihi. Haa, aku ada mention jugak kan dalam previous entry aku, aku cakap aku dapat rezeki lagi. Nak tau apa? Aku ni kan memang dah satu group ngan Wawa ni, then aku lega dah. Sampai turn kitorang nak beratur daftar bilik hostel plak, entah macam mana, Wawa silap beratur kat line lelaki punya hostel, aku punya betul lah. Dia pun eh, tetiba potong turn aku kat depan. Mentang mentang dia ni kenal aku. Haha. Aku pun bagi jela. Tak kisah pun. Hahaha. Sampai turn aku ambil kunci bilik, staf tu pun cakap, awak sebilik dengan yang tadi ye. And what?? Aku sebilik lagi dengan dia ni. Ya Allah, rezeki tak diduga sangat. Alhamdulillah. Aku menjerit jerit dalam hati tau. Nak menangis cam over sangat. Fyi, aku dengan Wawa ni dari first sem sampai la habis degree, aku satu bilik dengan dia tau. Allah baik sangat. Dia tahu aku ni nak macam mana.
Sempat lagi wefie sesama lepas amek kunci bilik. Hehee. |
Kitorang pun dapat bilik kat Hostel Dahlia. Setahu aku, ILSAS dia rotate every batch lain lain hostel dia bagi. Nasib la dapat kat mana. Tapi semua dekat je dengan kelas dan dewan makan. Dia bagi masa sampai pukul 10 untuk settle check in hostel semua pastu balik ke dewan yang kita daftar memula tu. Macam biasa, briefing peraturan sepanjang kat ILSAS, pasal training, cuti dan lain lain. And of course jangan lupa, OBS guys yang aku mention tu la. Kebetulan batch kami paling ramai, ada 9 group dalam 30-35 orang setiap group, dan untuk OBS, kena pecah kepada 2 sesi. Group 1-5 sesi 1, Group 6-9 sesi 2. Aku? Group 2 la hehe. Jadi esok tu, terus pergi kem OBS.
Nanti, dalam email tawaran, dia dah attach sekali list barang barang keperluan korang sepanjang kat ILSAS dan kem OBS tu, so jangan risau la. Tapi ada sikit la aku nak tambah optional untuk korang bawak nanti.
KEM OBS:
- Pakaian sukan yang cukup untuk 5 hari.
- Pakaian solat.
- Kasut sukan (aktiviti air 1 pasang & aktiviti lasak 1 pasang) - untuk yang aktiviti air tu better kasut croc la.
- Toiletries/Personal Care - (sunblock, aloe vera gel)
- Ubat ubatan (minyak angin, panadol, inhaler) - better prepare than never :)
- Sling bag/Small backpack untuk bawa barang keperluan korang.
- Baju hujan - kat kedai eco RM2/Guardian/Watsons ada.
- Beg plastik.
- Lampu suluh.
- Stokin 2 - 3 pasang - kalau aku sepasang sehari ahaha.
- *Selipar - ni optional sebab ada kasut croc pun dah okeyy.
- *Pisau lipat/Lighter - untuk aktiviti jungle survival, or pepandai korang la nak bawak pape kayy.
- *Botol air/Air mineral botol.
- *GoPro/SJcam - Bawak la kalau ada, kenangan. Aku menyesal gila tak bawak :)
*Optional - nak bawak boleh, tak bawak pun takpe.
InsyaAllah ni setakat yang aku ingat untuk kem OBS. Kalau macam aku, aku memang pack semua ni kat rumah lagi. Dah prepare siap siap satu beg travel tu. Tentang makan jangan risau, makanan disediakan 5 kali sehari, semuanya sedap dan cukup insyaAllah. Bagi yang cerewet/alergik, boleh bawak condiment sendiri eg kicap dan maklumkan kepada pihak pengurusan. Hehehe. Oh ya, sepanjang kem ni tak boleh pegang handphone tau. Nanti kena bagi dekat urusetia :) So, siap siap sedia mental dan fizikal ye.
Time ni, kem kitorang kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Dekat je. Dalam 45min - sejam dah sampai.
Time ni dah nak balik, kan hari last baru dapat fon balik. Hihi. So snap la satu dua keping buat kenangan. |
Group OBS aku. Hat ni la Jungle Survival tu :p |
Group Photo 2 :) |
Trainer kami sepanjang OBS - Tuan Fadzil :) |
Habis OBS je, mesti dah terfikir nak cari dobi kan. Sebab malas nak sental baju. Aku pun sama, sebab baju banyak oii, campur lagi baju yang dah basah main aktiviti air semua. Dobi paling dekat, sebelah ILSAS je, yang nama De Centrum tu. Kat situ ada dobi. RM4 je. Korang dari hostel boleh je nak naik Grab, kalau rajin jalan kaki pun boleh tapi berpeluh dulu laa. Nak jauh lagi? Boleh, Bandar Baru Bangi ada.
Kemudahan sekitar ILSAS banyak. Jangan risau, kena pandai cari je :p
- De Centrum Mall (sebelah ILSAS je) - KFC, ATM CIMB, Supermarket, DIY, Dobi, Kedai Mamak, Stationary Shop, Shawarma Kebab, vendor kecik jual tudung and etc.
- IOI Mall Putrajaya (5 minit)
- Stesen KTM Serdang (10 - 15 minit)
- Bandar Baru Bangi (10 - 15 minit)
- ATM Maybank dan CIMB dalam ILSAS ada. Dekat library UNITEN.
- oBike - Dekat library UNITEN, kalau beruntung dekat hostel pun ada.
ILSAS:
- Pakaian formal (Kemeja, tali leher, baju kurung, untuk lelaki hari Jumaat boleh pakai baju Melayu)
- Kasut bertutup - better bawak kasut formal, bertumit sikit, warna hitam dan jenis kulit kalau boleh. Nanti boleh guna untuk kelas Grooming. Jimat hehehe.
- Blazer/Suit - Kalau ada bawak yee sebab memang guna, kalau nak pinjam kot takde saiz dan cutting yang sesuai.
- Sijil/Transkrip untuk prepare temuduga dan kelas interview.
- Laptop - penting untuk buat resume time kelas resume nanti.
- *Extension plug - optional tapi bagi aku sangat membantu.
Aku rasa setakat ni dulu aku boleh share kat korang. Amacam? Rasa excited dak? Kalau ada pape nak tanya, boleh follow aku di ig/twitter/facebook @farahroslim. DM aku kat situ. Sedikit sebanyak mana tau aku boleh tolong korang decide nak join SL1M IBE TNB ni ke tak. Bagi aku, SL1M ni banyak membantu aku, macam macam ilmu baru dapat. Serius, pendedahan dia personally bagi aku sangat awesome. You won't regret it.
Jumpa lagi di lain entry tau. Assalamualaikum :')
Ulasan
Catat Ulasan