Sijil SPM hilang? Apa nak buat?

Hi assalamualaikum guys. Here we go again. Kali ni aku nak share entri simple pasai apa nak buat bila sijil SPM hilang. Rupanya mudah aje.  Tak susah pun. Key dia kau kena rajin SEARCH, GOOGLE and bertanya tau. Sebab malu bertanya sesat jalan la kome. Hahaha.

Al kisahnya, tunang aku ni, dia mintak tolong aku settlekan alang alang aku stay KL, so aku pun guna lerr khidmat pakcik google, then dapat solutionnya kat sini https://afterschool.my/bm/berita/cara-mendapatkan-semula-sijil-peperiksaan-yang-hilang, tapi tak berapa detail sangat la. Anyway, it helps a lot. Thank you :)

Dia ada 2 cara je kalau nak apply ni:
  • Permohonan melalui kaunter LP
  • Permohonan melalui pos
Nak lagi details, korang tekan link yang aku bagi tu. So aku ni guna method nombor 2 tu, yang melalui pos. Simple je dokumen yang dia nak haa, jap aku list:
  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan
  2. Wang Pos (Postal Order)/Kiriman Wang (Money Order)/Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. (RM30)
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan Slip Result SPM
Semua list kat atas dalam borang permohonan tu tau. Panduan permohonan pun ada disediakan :)

Ok, back to me. Disebabkan tunang aku jauh, dia send dokumen thru whatsapp je. Untunglaa ada orang tolong buatkan ann. Hahaha. Nasib sayang. Kayy kayy, aku edit semua bagi nampak cun and formal, then aku print. Kalau korang macam urgent, takde scanner, jangan riso, download je apps ni Tap Scanner, best apps ni friendly senang guna. Pastu korang pepandai la save and print kat cc ke cmne kan, email kat diri sendiri je, pastu download je dari email then print. Haa gittew. Paham ke idok?

Then, settle semua dokumen yang diperlukan tu, korang p pejabat pos biasa. Jangan jadi cam aku, p pejabat poslaju je. Memang sah lee untuk poslaju je. Ok, then amek nombor giliran cam biasa, sampai kaunter tanya akak tu, saya nak buat wang kiriman pos. Nanti dia akan mintak ic, then bagi borang wang pos and explain semua pasal borang tu.

Haa dalam borang tu nanti, ada 1 part tu, kalau korang wakilkan kat sesiapa saudara mara yang terdekat contoh adik beradik korang ke apa kan, korang kena bagitau apa wakil korang dengan pemohon salinan sijil ni haa. Cam aku, aku letak title sepupu, tapi kena marah lak dengan tunang aku, dia cakap kenapa tak tulis je aku ni bini dia. Kah.

Senang cerita camni la, kalau korang sendiri yang nak mohon, better buat sendiri je, senang. Sebab wang pos ni, tak boleh belikan untuk orang lain sebab nak beli kena bagi ic kita untuk dia key in data kita sebagai pembeli wang pos tersebut.

Untuk wang pos proses sijil ni, korang wajib bayar RM30.00, dan RM0.60 camtu untuk caj perkhidmatan pos. Wang pos ni aku difahamkan macam sekeping cheque/cek la. Tak boleh berlipat/tersalah tulis/padam dengan liquid and etc yang boleh membatalkan wang pos ni. Jangan riso jugak, nanti pegawai pejabat pos tu dia akan explain sangat detail. Jangan takut tanya yerr.

Dah siap isi borang dan bayar wang pos tu, nanti dia bagi wang pos yang berupa cheque yang aku bagitau tu haa. Contoh kat bawah ni. Dekat ruangan Bayar kepada/Pay to, korang tulis PENGARAH PEPERIKSAAN. And you are done! Yang kat belakang tu, tak perlu tulis pun takpe.

Image result for wang pos

Lengkapkan semua list dokumen yang dia nak tu and kepilkan sekali wang pos ni, letak dalam sampul surat supaya tak berterabur bila dapat kat lembaga peperiksaan sana nanti haa. And make sure please wang pos tu tak berlipat okey?

Nak pos semua ni, atas korang nak guna pos apa, macam macam jenis pos ada, pos biasa/pos ekspres/poslaju. Macam aku, aku guna poslaju sebab nak cepat sampai. Hehee. Alamat apa semua, ada dalam borang permohonan kayy. Jangan malas malas cari. Aku pos Jumaat tengahari, Isnin tengahari dah sampai sana sebab dekat je kan. Lama pun sebab cuti weekend an. Ofis mana bukak.

Proses semua ni dijangkakan akan ambil masa 2-3 minggu bergantung kepada pengurusan lembaga peperiksaan laa. Aku pos 16/11/2018 then lepas 2 minggu, tunang aku minta tolong tanyakan lagi status sijil dia ni haa, alhamdulillah diorang akan pos hari ni 03/12/2018 guna pos biasa. Huhu. So mungkin ambil masa 3-4 hari jugak la kan.

Nombor ofis Lembaga Peperiksaan bahagian sijil : 03-88843526/3258
(Nanti dia akan tanya nombor ic dan bagitau status)

Sebab tu kalau urgent, jangan buat permohonan melalui pos ya. Berurusan terus di kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya. Moga entri ni sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk buat permohonan ni. Sehingga ketemu lagi, assalamualaikum :)


Ulasan

  1. salam cik tunang org, sy pon buat melalui pos dan wang pos ni tp semua atas nama sy . yg xlengkap nya cuma salinan slip spm sbb mmg xdak sis . jd borang sy boleh proceed ke sis ? dh dkt 2 minggu dh su tggu risau jgk ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak de slip bole ke sbb slip dgn sijil dua ii hilang

      Padam
    2. Xde slip xde masalah..nak ambik tu dia nak ic je

      Padam
  2. Apa maksud ni *Sijil SPM Pada atau sebelum 1993 - 7 hari bekerja* ad tertulis di Tempoh pengeluaran salinan keputusan? Cthny Kalau saya nk dpt kan sijil SPM melalui KIRIMAN POS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kamu ambik spm pada tahun 1993 atau tahun2 sebelum 1993 maksudnya kamu kena tunggu 7 hari baru sijil spm tu siap.

      Padam
  3. Tak boleh amik kat sek kita balik kew sijil tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sekolah dia ad simpan sijil ori. Kalau sijil ori tu hilang baru la gi ambik di lembaga kat putrajaya.

      Padam
  4. Macamana kalau slip spm yg hilang ?tapi mereka nak slip spm bukan sijil spm

    BalasPadam
  5. Dpa akan pos sjil ...kta kna sdiakn sampul atau dpa sdiakan

    BalasPadam
  6. Kat yang akk dapat tu, ada angka giliran skali x? Utk guna isi upu

    BalasPadam
  7. Saya buat utk salinan spm wang proses pun ditolak melalui akaun bank rm30+10 (pos) tapi smpi skg takde pun smpi salinan sijil spm tu..mcm mn ya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular