2018 Journey Begins - Usaha Sampai Dapat! SL1M TNB 2018 [Part 1]
Asssalamualaikum korang. Hi there! Dah lama tak memblogkan diri haa. Hehee. Aku nak share kat korang lepas setahun (2017) aku menganggur, akhirnya aku dapat jugak join SL1M TNB IBE Fasa 4 Kumpulan 3 kayy. Benda ni aku dah aim lama tapi apakan daya aku ada masalah dengan sistem e-madis TNB tu. So, ni kali ke 4 aku apply weh korang. Nampak tak bersungguhnya aku nak join even SL1M je pun, tapi bagi aku dari duk buang masa cari kerja tak dapat kan. Better rajin sikit cari pengalaman weh.
Then this is my journey~
5/12/17
Apply SL1M TNB sekali dengan Wawa thru e-madis. Tapi nak ditakdirkan aku kena apply manually sebab ada masalah sistem time ni. Sob sob.
26/12/17
Then, Wawa ni dapat email tawaran tapi aku tak dapat. Tunggu jugak la hari tu tapi takde pape email. So aku pun amek keputusan untuk call pegawai TNB. Time ni memang depa lupa yang aku ni apply manually then mintak buat sekali lagi. Dah la lagi 3 hari nak deadline untuk accept offer tu bagi yang lulus la. Time tu memang fikir nak tak nak kau kena usaha jugak sampai dapat kata putus. Mesti. Wajib!
27/12/17
Then, hari ni diuji lagi dengan pegawai TNB yang busy dan takde yang angkat call untuk tanya status email daku ni. Huhuhu. Ada 4 orang pegawai, tapi ntah mengapa tak terasa nak call yang seorang pegawai tu sebab dimaklumkan beliau cuti sakit.
Aku pun call la yang lain lain. Tak angkat jugak. Last last dalam petang sikit. Wawa pun cadangkan call yang nombor pegawai yang cuti sakit tu. And what happen is akhirnya ada juga orang angkat! Allahu. Dah la time ni ada kat luar.
Pastu aku pun tanya la, dia pun mintak tunggu sekejap sebab nak bincang dengan pegawai yang incharge SL1M ni. Sampai masa dia call balik, dia terus bagitau resume tak lengkap bla bla bla ni. Lepas ni sila improve kan lagi. Time ni rasa macam 50-50 dah je peluang untuk dapat ni.
Lastly dia pun tanya, awak nak bulan 1 ke bulan 3? Dalam hati terus, Allah! Aku dapat tawaran ni. SubhanAllah. Terus aku cakap nak bulan 1 sebab sekali dengan Wawa hehe. Alhamdulillah. Sujud syukur hari tu.
So cukup 2 minggu aku prepare barang - barang nak masuk ILSAS. Banyak jugak aku habis sebab mostly semua dah pass kat adik busu masuk university before this. Haha. Masuk Sl1M bawah TNB ni memang kau wajib kursus dulu sebulan kat ILSAS Bangi. ILSAS ni tempat training untuk staf staf dia. TNB akan fully provide makan minum ala bufet dan penginapan ala hotel selama sebulan weh include wifi free sekali. Laju bakhang wifi dia~
Dan jangan lupa, of course ada program luar sebelum kita start training tau. Seminggu ni, no phone allowed. Program ni nama dia OBS. Aku lupa OBS tu stand for what tapi actually more to motivation or orientation like that la. Cuma situasi dan status je berbeza sebab kita bawak diri kita as a employee and adult. No more student and university stuffs. Please get rid of it. Huhu~
Nanti Part 2 aku share apa yang kena bawak time OBS seminggu tu and also mungkin keperluan untuk training sebulan kat situ nanti. Then as usual kemudahan kemudahan yang ada sekitar ILSAS Bangi ni haa.
Jumpa di Part 2~
Ulasan
Catat Ulasan